Assalamualaikum
24.05.2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah nak masuk bulan 6 la...baby pun dah 24 minggu...alhamdulillah setakat hari ni kesihatan i N baby masih lagi ok...still boleh lagi buat cookies yang sedap untuk kawan-kawan N mereka yang menempah...terima kasih Allah...moga rezeki ini berpanjangan...aminnn...Hari ni hari ke-2 i berpindah tempat kat office nie...semalam rasa agak x selesa...coz kedudukan PC dah berubah...dari sebelah kanan ke sebelah kiri...so take time gak la nak biasakan dengan keadaan baru kan...
Planning petang ni Puan Siti Hanizah (Kelab Kembar Malaysia) untuk datang ambik cookies terpaksa di tunda ke esokan harinya...sebabnya...rumah Puan Hanizah x de air...anak2 dia pun x dapat mandi....alahai...sabar yer puan...
Tengah mengodek-godek PC kat office nie...i terjumpa satu article..terkejut juga masa baca td...rupanya sotong kering tu sangat bahaya...
.......................................................................................................
GEORGE TOWN – Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
“Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,” kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. “Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,’ ‘ ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.
hhahhaa.. aku x mkn sotong kering sbb x sedap, tp nasir suka sgt la klau wat sambal.. ;p
ReplyDeleteweh cookies hg buat juai tue buat lebih cikit bwk blk, aku nk rasa :P
http://www.yayansmum.com/2012/05/bodyshop-annual-sale.html
ReplyDeleteuih dah abis pantang ka?
ReplyDeletemmg aku bawa balik nanti...jangan risau...cukup untuk semua...
rasa yang sangat sedap...