cookies

Wednesday, December 28, 2011

Ais & Baby

Jaja, Bentong Pahang
****************
Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais.
Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari?


Jawapan Pakar: Dr Norintan Zainal Shah
(Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia, Medical Centre, Seremaban)
************************************************************
Minuman berais semasa hamil TIDAK akan membahayakan ibu dan bayi.
Ramai wanita takut dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar.
Sebenarnya tumbesaran bayi TIDAK ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais @ sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk.
So, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan ke paras normal.
Akibatnya, peningkatan berat badan kita TIDAK banyak meningkat.

Jangan risau jika suka minum minuman berais.
pastikan kita minum supaya hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan.

2 comments:

  1. mmg ada org kata minum ais bb besar tp sebenarnya sesetengah doc x sarankan minum ais sbb ais ni mmg sejuk tp sebenarnya dia panas didalam tau.. utk ibu2 yg rahim @ peranakkan yg x brapa kuat kalu boleh kurangkan sbb boleh menyebabkan keguguran.
    pool aku x wat n3 lg

    ReplyDelete
  2. la...patut la aku tgk xdak pun pasal pool..haish...xcited ni nak tgk...kehkehkeh

    ReplyDelete