cookies

Monday, May 28, 2012

Terapi air putih

Assalamualaikum

Hari ni banyak kerja perlu di settle kan kat office nie...
Penat kepala otak pikir design untuk sticker terbaru...hmmm...
Kepala pun dah naik pening...nak tido tapi otak still gak dok pikir kerja yang belum settle...
Haish...sabar jer la...

Nak hilangkan stress i teringat VCD yang baru beli semalam... "Surah Amalan Mengandung - Yusuf Maryam Luqman Adh-dhuha"...
Terus i ambik n pasang pak PC... earphone kiri kat telinga i...earphone kanan kat perut...bagi baby dengar...hehehe...

Tapi x best la klu dengar jer kan..so i search Al-quran online...emm..emang banyak siap ada terjemahan lagi...tup2 i jumpa satu blog nie : http://wanitasihat.com/

tertarik ngan 1 article pasal minum air...jom layan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Minum Sambil Berdiri????

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri.

Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh  dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran  dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

Thursday, May 24, 2012

Perihal Sotong Kering


Assalamualaikum

24.05.2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah nak masuk bulan 6 la...baby pun dah 24 minggu...alhamdulillah setakat hari ni kesihatan i N baby masih lagi ok...still boleh lagi buat cookies yang sedap untuk kawan-kawan N mereka yang menempah...terima kasih Allah...moga rezeki ini berpanjangan...aminnn...

Hari ni hari ke-2 i berpindah tempat kat office nie...semalam rasa agak x selesa...coz kedudukan PC dah berubah...dari sebelah kanan ke sebelah kiri...so take time gak la nak biasakan dengan keadaan baru kan...

Planning petang ni Puan Siti Hanizah (Kelab Kembar Malaysia) untuk datang ambik cookies terpaksa di tunda ke esokan harinya...sebabnya...rumah Puan Hanizah x de air...anak2 dia pun x dapat mandi....alahai...sabar yer puan...

Tengah mengodek-godek PC kat office nie...i terjumpa satu article..terkejut juga masa baca td...rupanya sotong kering tu sangat bahaya...
.......................................................................................................

GEORGE TOWN – Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
“Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,” kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. “Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,’ ‘ ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Monday, May 21, 2012

Non halal coklat-Jakim

Senarai coklat yang haram daripada Jakim:

All the below Masterfood Company Chocolate Products (Mars) are no longer Halal. They started using Animal product rennet(pork) in it for products that have expiry date after 1 st of October 2007.

·    Bounty
·     Celebrations
·     Dove Chocolate
·    Flyte
·     Galaxy
·     Kudos (North America)
·     Lockets
·     M-Azing (North America)
·     Maltesers
·     M&M's
·    Mars Bar
·     Mars Delight
·     Milky Way
·     Minstrels (UK only)
·     Mars Planets (newly inroduced in UK)
·     Skittles
·     Snickers (The top-selling candy bar in the United States. Known in the UK as Marathon until 1990.)
·    Starbur st (Originally Opal Fruits in the UK .)
·     3 Musketeers ( North America )
·     Topic
·     Twix
·     Snicker's Marathon Energy Bar
·     AquaDrops

Thursday, May 10, 2012

:: Shopping di bulan April ::

Assalamualaikum...

Cadar baru...beli bulan lepas...sale 70% kat JJ AU2..
sangat best...rasa cam x nak bangun jer...lalala...


Yang ni plak namanya "Perfect Air"
seperti namanya...memang perfect lah...
fungsi: memerangkap habuk n menghilangkan bau...
Balik kerja 1st thing yg i buat...on "mr.perfect" nie...
Rumah i ni redup n sejuk...n rumah baru plak...still lagi banyak habuk yg x diingini...
:mr.perfect" ni sangat2 membantu...sekarang rumah dah bebas habuk...bau pun wangiiiii...
i like u la "mr.perfect"
thank to my hubby yang beria-ia nak beli "mr.perfect" ni
walaupun i x berapa berkenan pada awalnya...rasa cam membazir...
tp sekarang tak lagi...klu bleh 24 jam nak pn jer "mr.perfect" nie...

~N~


Monday, May 7, 2012

:: Akhirnya dapat juga...thanx syg ::

Assalamualaikum

hari ni my hubby cuti...nak settle benda2 yang tertangguh sebelum dapat kuar keta baru...harap semuanya berjalan dengan lancar...aminn...

11:00 AM my hubby call...ajak makan Dominno Pizza...wah...suka sangat hati ni...
semalam request nak makan Dominno Pizza...tp banyak plak makanan kat rumah...rasa membazir la plak..
So sempena my hubby cuti hari nie..jom kita melayan preggy mummy makan pizza...

Kitorang layan pizza kat Ampang Point...sangat sedap...
Ni la pizza yg kitorang order...
Plus ngan chicken wings...


Tengah sedap melayan tetiba terjumpa plak ngan my brother in law (shera's husband)... ye arr ampang point ni memang port dia...coz office dia area nie jer...
akak i plak tengah shopping kat Gulatie's depan Ampang Point tu ha...sempat la berborak jap..before dia gerak p jumpa tailor katanya...nk antar kain wat tudung...Sesapa nak tgk tudung dia bleh tgk kat fb Shera Samsudin Full ok... mcm2 ada...

Thank to yg hubby coz melayan i makan pizza...sayang kamu sangat..


Thursday, May 3, 2012

Pesanan Buat Mereka yg Bergelar Isteri

Assalamualaikum
I ada terbaca kat satu blog nie...
berkenaan dengan perihal seorang isteri...
rasa tertarik hati sesangat ngan ceritanya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. 
Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa.
Ramai juga suami yg tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sana sini.
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti wahai isteri..awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia..


1. Isteri hendaklah ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. 
Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang suami tidak gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila suami balik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

Wednesday, May 2, 2012

:: Sayang Kamu Sangat ::

~2-05-2012~

Masa: 9:59 am
Tempat : office

My hubby call...
Hubby: "Hy syg...u kat mana ni? kat umah ker kat office?"
Me: "I dah kat office dah"
Hubby: "Dah lama ker?Kul brp sampai td?"
Me: "Lama dah...kul 9.15 td"
Hubby: "I love you so much...sebab tu i beli kan u kereta baru...kitchen hood.. n freez baru untuk coklat u"
Me: "Thank you" (sangat terharu) "Ni kenapa ni?"
Hubby: "Tak de apa la...just teringat kat u..n sayang u..ok bye"
Me: "Ok...bye

Owh...terharunya rasa hati saat nie..hmm....thank you so much sayang...